Langkah 1: |
Pilih kejiranan untuk dilawati |
|
|
Langkah 2: |
Masukkan maklumat residen. Anda perlu mendapatkan No. Unit dan nama residen yang tepat seperti yang didaftarkan di dalam sistem i-Neighbour bagi membolehkan proses ini diteruskan. Ini adalah bagi memastikan privasi residen yang menggunakan i-Neighbour sentiasa dilindungi. |
|
|
Langkah 3: |
Masukkan maklumat lawatan. Berikut adalah beberapa penerangan mengenai pilihan-pilihan tersedia: |
|
|
|
• Jenis Lawatan: |
|
Sekali Sahaja: Satu pas tunggal bagi daftar masuk dan keluar. |
|
|
|
Kemasukan Berbilang Kali: Pas kemasukan berbilang kali di mana anda boleh mendaftar masuk dan keluar berbilang kali di dalam tempoh yang dibenarkan. Anda perlu menetapkan tarikh dan masa ketibaan serta keluar bagi jenis lawatan ini. Tempoh maksimum (ketibaan dan keluar) yang dibenarkan adalah satu bulan. |
|
|
|
Berulang: Pas lawatan tunggal berbilang kali (berulang). Anda akan dibenarkan untuk mendaftar masuk dan keluar untuk SEKALI sahaja di antara hari yang didaftarkan. Anda boleh mendaftar sebagai pelawat berulang sehingga tempoh 3 bulan. Sila masukkan julat tarikh bagi lawatan berulang serta hari dan masa bagi lawatan-lawatan tersebut. |
|
|
|
• Jenis Daftar-Masuk: |
|
Individu: Anda mendaftar masuk ke dalam kejiranan secara bersendirian. |
|
|
|
Berkumpulan: Anda mendaftar masuk ke dalam kejiranan secara berkumpulan. Jumlah maksimum individu dibenarkan bagi pendaftaran masuk setiap kumpulan adalah seramai 5 orang. |
|
|
|
• Tujuan Lawatan |
|
|
|
• Daftar Masuk dengan: |
|
Kenderaan: Sekiranya anda memandu ke dalam kejiranan tersebut. |
|
|
|
Walk-In: Sekiranya anda berjalan masuk ke dalam kejiranan tersebut. |
|
|
|
|
Langkah 4: |
Masukkan maklumat peribadi anda berdasarkan keperluan kejiranan tersebut. Anda akan dimaklumkan setelah residen memberikan maklumbalas terhadap pendaftaran anda. Sekiranya pendaftaran anda telah diluluskan, satu kod QR akan terpapar di bahagian kanan atas halaman seperti yang ditunjukkan di atas. |