3 langkah mudah untuk mengalami
i-Neighbour
bagi pelawat
Adakah saya perlu menyertai i-Neighbour sebagai ahli?
Tidak perlu. Anda masih boleh membuat pra-pendaftaran bagi lawatan anda walaupun bukan sebagai seorang ahli.
Dan YA, sekiranya anda mahu menjejaki kesemua maklumat lawatan anda ke kejiranan yang berbeza, i-Neighbour akan mendokumentasikan lawatan anda berdasarkan keahlian anda. Sebagai seorang ahli i-Neighbour, anda sentiasa boleh untuk log masuk ke dalam akaun ahli i-Neighbour anda untuk menyemak rekod lawatan dan nota peribadi anda bagi setiap lawatan. Anda juga boleh menjimatkan masa untuk mengisi borang pendaftaran pelawat kerana i-Neighbour akan menyimpan data profil anda di dalam pelayan cloud.


Bagaimanakah untuk membuat pra-pendaftaran lawatan anda?
 
 
1 Langkah 1: Pilih kejiranan
Pilih kawasan kejiranan dengan memasukkan namanya pada kotak "pra-pendaftaran pelawat" di www.i-Neighbour.com dan klik pada butang cari.
   
2 Langkah 2: Masukkan nombor unit dan nama orang yang ingin dilawati.
Sila pastikan nombor unit dan nama orang yang ingin dilawati adalah tepat bagi memastikan langkah seterusnya dapat dilaksanakan.
   
3 Langkah 3: Lengkapkan borang pendaftaran
Nyatakan maklumat lawatan yang diperlukan oleh kejiranan.
  Lihat Panduan Pengguna Akaun Pelawat
Daftar